Rambut tiba-tiba menipis, gumpalan mula gugur, alih-alih… alamak terus licin! Belum hanya licin, malah bertompok. ALOPECIA AREATA, masalah kulit kepala yang perlu dirawat segera, bukan dipandang begitu saja.

Ramai antara kita sedar rambut makin menipis tapi memikirkan, ‘ Ah, rambut kan tumbuh semula, apa nak dirisaukan’, itu kata anda, tapi apa jadi bila tumbuh lalu putus & hanya meninggalkan pangkal rambut yang pendek.

Masalah rambut gugur dalam kadar banyak ini terjadi apabila sistem imun kita sendiri secara tak sengaja menyerang sel kulit kepala yang sihat!

Rambut yang gugur tu biasanya akan tumbuh semula selepas beberapa bulan tetapi akan gugur semula di bahagian yang lain. Lebih 10% alami botak bertompok kekal.

Faktor terjadi ALOPECIA AREATA;

💥 Keguguran rambut mungkin kekal disebabkan genetik
💥 Pernah botak bertompok lebih daripada tempoh setahun
💥 Menghidap penyakit autoimmune lain seperti Lupus atau hyperthyroid /hypothyroid
💥 Memiliki warna, bentuk, tekstur atau ketebalan tidak normal pada kuku kaki atau tangan.
Jangan stress sekiranya anda berdepan dengan masalah ini, jalani analisa rambut/ kulit kepala dengan doktor termasuk ujian darah (hyperthyroid atau hypothyroid).